Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah SWT telah diperkenankan hamba mengunjungi Makkah Mukarramah baru-baru ini bagi mengerjakan Haji. Hamba sangat bersyukur kerana diberi peluang itu dan mohon mudah-mudahan diberi lagi peluang itu berkali-kali.
Daku melihat pelbagai suasana yang berlaku di baitullah..di tanah haram. Daku melihat sesetengah antara mereka yang seolah-olah menjadikan kaabah sebagai matlamat yang dituju atau terkeliru siapakah sebenarnya yang menyampaikan hajat mereka. Ada yang menyapu-nyapu serban mereka kepada Kaabah, mencium makam ibrahim. Berebut-rebut lelaki dan wanita, berhimpit-himpit semata-mata untuk mencium hajar aswad. Itulah yang hamba lihat yang tidak menyenangkan.
Hamba lihat juga mereka yang menangis khusyuk dalam doanya, bersungguh-sungguh mengisi saf hadapan, merapat dan meluruskan saf. Mereka yang baik akhlaknya, tidak melintas dihadapan orang yang solat, sabar dan berusaha untuk tidak bertolak-tolak (melainkan orang belakang tolak dulu). Itu yang menyenangkan.
Ada yang degil..."Hajjah-hajjah irji' ilal wara" kata petugas masjidil haram tapi muslimat-muslimat itu buat tak reti saja solat bercampur gaul dalam saf lelaki.
Ada juga daku mendengar suara-suara makian ketika depan kaabah dalam melakukan tawaf..
Daku menyimpulkan bhw haji adalah perjalanan ruhani yang membuka tabir hablum minallah dan hamblum minan nas. Oh ya sempat juga daku doakan TB dengan suatu doa tetapi terlupa pula untuk seorang lagi di Kuala Klawang itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

selamat kembali hj jabat. perjuangan belum selesai dlm menyelamatkan iman saudara seislam kita....insyaallah tiada dendam tiada hasad yg ada hanya niat utk menyelamatkan iman saudara kita yg lain......selamat berblog
ReplyDelete