Monday, May 31, 2010

Catatan 3 : Kenal yang Tak Membawa Taat

Dalam musafir qalbu ku..Kadang-kadang segolongan mereka yang ku temui..zahirnya begitu hebat tahap perkenalan mereka dengan Allah SWT. Hebat ceritanya. Hebat sembangnya. Tapi tiada ku rasa zauk cintanya kepada Allah SWT. Tidak ku rasa zauk gerunnya kepada Allah SWT.

Ahh barangkali hatiku masih terhijab..masih banyak mazmumah yang menyeliputi diri..

Cuma kadang-kadang daku yang berdosa ini terkenangkan si Azazil yang telah beribu tahun beribadah dan dikatakan menduduki kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT itu. Tentulah logiknya dia lebih kenal Allah SWT berbanding kita yang hidup baru beberapa jam ni..Tapi kenal saja tak cukup rupanya..kerana apabila Iblis engkar dan takabbur maka balasannya ialah Kafir. Kalau ada orang cakap dia kenal Allah SWT..Iblis bukan saja kenal malah pernah berdialog dengan Allah SWT. Malah Iblis boleh runding lagi agar umurnya dipanjangkan sampai kiamat.

Tapi kenal saja tak cukup. Sembang saja tak cukup wahai si Jabat

Kenal mesti membawa kepada taat, baru La Ilaha illallah.
Kenal mesti membawa kepada Solat.. kalau boleh berjamaahla wahai si Jabat
Solat mesti membawa kepada Khusyuk
Khusyuk membawa kepada Merasai kehambaan kepada Allah SWT yang kesannya terbawa-bawa hingga ke luar solat. Lalu sihamba ini teringatkan Allah Akbar dia membesarkan Allah SWT.atas sekalian makhluq.dia teringatkan Alhamdulillah dia mensyukuri Allah SWT atas segala nikmat. Dia teringatkan Subhana Rabbial a'la..dia mensucikan Allah SWT dari segala kurang....Allah...Allah..

Sunday, May 30, 2010

Catatan 2 : ' Mengagamakan ' kebatinan

Kenapa tidak ? Kan elok kalau suatu perkara itu asalnya harus lalu kita perelokkan dengan landasan syariat dan arahkan niat kepada mencari ridha Allah SWT. Makan buah rambutan misalnya. Asalnya harus lalu diperelokkan dengan syariat. Baca bismillah, suap dengan tangan kanan dan dimasukkan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Kemudian kita kenangkan bahawa rezeki ini Allah SWT yang bagi lalu membuahkan rasa terima kasih kepada Allah SWT. Lalu kita niatkan mudah-mudahan rambutan yang kita makan ini dapat menambah tenaga untuk kita menambah ketaatan kita kepada Allah SWT sebagai cara kerdil untuk membalas segala kurnia Allah SWT kepada kita tadi. Kemudian dari itu.. ketika mengunyah dan merasa nikmat rambutan itu kita memikir-mikirkan pula akan keagungan Allah SWT yang mencipta buah rambutan..warnanya yang merah ketika masak sama sahaja di mana-mana. Rasanya sama sahaja di mana-mana, sepanjang masa sejak ia mula dikenal. Saiznya sama sahaja di mana-mana. Semua ini menunjukkan ia dicipta oleh satu cara dan sistem yang teratur yang berpunca dari Zat Yang Maha Mentadbir dan Menentukan. Maka tersungkurlah ego dan nafsu kita tenggelam dihadrat Ilahi ketika menikmati sebiji rambutan.

Kalau itu maksudnya mengagamakan suatu yang harus tak mengapalah..

tapi ..bukan yang ini..

Kita belajar suatu aliran persilatan atau kebatinan..Kita mengetahui rahsia-rahsia kebatinan yang menjadikan kita'hebat'berbanding manusia lain yang tidak mempelajarinya. Kebal, apong, gagah, pantas, bisa tangan, cuca, tenungan mata dan lain-lain, semuanya kita peroleh menerusi beberapa kaedah yang kadang-kadang berkait dengan rahsia diri atau rahsia-rahsia lain yang kita tempuhi.

Kemudian kita pun meneguhkan rahsia-rahsia tersebut dengan dalil-dalil agama. Tetapi kemudian dari itu..apabila kita mula menjadikannya pula sebagai dalil untuk menentukan agama ini yang tak bolehnya. Ini yang dimaksudkan mengagamakan suatu yang harus.

Contoh..

Kalau kita boleh menerobos dan menjelajah alam ghaib tidak kira apa pun peringkatnya..ia seharusnya diperkukuhkan dengan dalil-dalil agama. Penemuan-penemuan kita seharusnya bersandarkan agama dan rasional agama. Kalau secocok dengan roh agama boleh ambil, sekiranya tidak jelas maka tinggalkan. Jangan sampai apa yang kita jumpa di alam sana semuanya kita jadikan ketentuan agama. Islam telah sempurna. Nabi SAW sudah selesai menyampaikan.

Kebatinan adalah kebatinan..ia adalah tanda kebesaran Allah SWT. Ilmu Ruh adalah ilmu Ruh. Ia juga adalah milik Allah SWT yang boleh diberikan kepada sesiapa yang disukainya atas Sifat Maha Pemurah-Nya. Sebagai mana Allah SWT telah berikan ilmu tentang zarah atom sehingga manusia berupaya mencipta tenaga nuklear sehinggalah Dia juga yang menganugerahkan tentang hukum-hukum graviti dan prinsip-prinsip tekanan udara sehingga manusia berupaya mencipta kapal terbang.

Oleh itu seseorang yang arif tentang Ruh belum tentu tinggi imannya. Seseorang yang boleh melihat alam ghaib belum tentu semua perkataannya boleh kita telan bulat. Belum tentu semua perilakunya betul belaka.

Friday, May 28, 2010

Catatan 1 ; Sesat di Hujung Jalan

Sebuah catatan untuk diriku yang lupa dan banyak dosa..

Perjalanan menuju ridha Allah SWT memang ada gangguannya. Gangguan ini mungkin wujud pada awal perjalanan jika si salik selamat maka dicuba pula di tengah perjalanan..selamat maka dicuba pula diakhir perjalanan mudah-mudahan selamat. Dengan Rahmat-Mu jua Ya Allah aku mohon selamat.

Daku..telah melihat perjalanan seorang hamba Allah yang amat ku hormati. Beliau amat kuat memegang sunnah. Percakapannya penuh dengan hikmah, bidalan dan tamsilan. Lembut hati mendengarnya. Terubat jiwa. Anak didiknya kuat memegang sunnah. Nampak terpancar kasih kepada Rasulullah SAW dan mengambil berat akan nasib ummat. Bersungguh-sungguh memakmurkan sunnah di muka bumi. Apabila mendengarnya memberi tazkirah mengalir air mata ku..

ahh mudah-mudahan Allah merahmatinya..

kerana pada akhir-akhir perjalanannya beliau kelihatan terpesong..banyak perlakuannya mengundang fitnah dalam agama. Akhirnya beliau ditangkap dan ajarannya diharamkan..dan dibubarkan. Saya tidak mahu mendebatkan isu kesesatan beliau..kerana bagi saya..panduan saya ialah Alquran dan Sunnah. Jika tak jelas..ragu-ragu..rujuk balik Alquran dan Sunnah. Bak kata nabi ..kalau kita berpegang dengan dua perkara ni takkan sesat selamanya (mafhum hadis).

Apa yang saya nak ingatkan diri saya ialah..

Rupa-rupanya orang yang jelas nampak perjuangkan sunnah pada awal perjalanan tak semestinya pada akhir perjalanan dia tidak tergelincir dari Sunnah...

jadi apatah pula jika..

sesuatu tariq itu pada awal perjalanannya sudah tidak ambil berat sunnah... tak solah. atau tak solat jemaah..tak tutup aurat..tak ada akhlaq..bercampur baur lelaki wanita...cerita hal dunia.. sombong ..ujub takabbur...sah dah awal-awal tergelincir...