Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah SWT telah diperkenankan hamba mengunjungi Makkah Mukarramah baru-baru ini bagi mengerjakan Haji. Hamba sangat bersyukur kerana diberi peluang itu dan mohon mudah-mudahan diberi lagi peluang itu berkali-kali.
Daku melihat pelbagai suasana yang berlaku di baitullah..di tanah haram. Daku melihat sesetengah antara mereka yang seolah-olah menjadikan kaabah sebagai matlamat yang dituju atau terkeliru siapakah sebenarnya yang menyampaikan hajat mereka. Ada yang menyapu-nyapu serban mereka kepada Kaabah, mencium makam ibrahim. Berebut-rebut lelaki dan wanita, berhimpit-himpit semata-mata untuk mencium hajar aswad. Itulah yang hamba lihat yang tidak menyenangkan.
Hamba lihat juga mereka yang menangis khusyuk dalam doanya, bersungguh-sungguh mengisi saf hadapan, merapat dan meluruskan saf. Mereka yang baik akhlaknya, tidak melintas dihadapan orang yang solat, sabar dan berusaha untuk tidak bertolak-tolak (melainkan orang belakang tolak dulu). Itu yang menyenangkan.
Ada yang degil..."Hajjah-hajjah irji' ilal wara" kata petugas masjidil haram tapi muslimat-muslimat itu buat tak reti saja solat bercampur gaul dalam saf lelaki.
Ada juga daku mendengar suara-suara makian ketika depan kaabah dalam melakukan tawaf..
Daku menyimpulkan bhw haji adalah perjalanan ruhani yang membuka tabir hablum minallah dan hamblum minan nas. Oh ya sempat juga daku doakan TB dengan suatu doa tetapi terlupa pula untuk seorang lagi di Kuala Klawang itu.
Saturday, December 25, 2010
Thursday, September 2, 2010
RALAT : CATATAN 8
Untuk mereka yang pernah membaca catatan saya yang ke-8 terdapat kesilapan fakta di mana saya telah menyatakan bhw kisah tersebut dinukilksan oleh Imam Bukhary padahal sebenarnya bukan Imam Bukhary. Saya mohon maaf atas kesilapan tersebut dan moga-moga Allah SWT mengampunkan dosa ku dan kita semua.
Thursday, July 1, 2010
Catatan ke-10 : Melampau atau Memudah ?
Dalam perjalanku yang daif dan faqir ini..telah ku bertemu sekelompok manusia yang menempuh jalan melampau atau memudah.
Melampau
Mungkin atas rasa cinta mereka untuk meraih ridha Allah SWT, setengah mereka yang keliru ini telah melakukan suatu yang tiada dalam pedoman nabi SAW. Mereka berpuasa terus menerus rejab, sya'aban, ramadhan dan puasa enam..lalu hari keenam syawal itu dijadikan hari raya mereka. Mereka meninggalkan pekerjaan..tidak bekerja kerana kononnya ingin merasai hakikat tawakkal. Mereka meninggalkan solat kerana kononnya lebih baik tidak solat daripada bersolat dalam keadaan riya'. Mereka ini berlebih-lebihan dalam beragama yang tidak dipandu oleh petunjuk nabi SAW.
Memudah
Mungkin pula atas pegangan tertentu seperti " bahawa kita ini sebenarnya berkehendak dan berkuasa atas Iradat dan Qudrat Allah SWT jua maka tidak timbullah soal dosa-pahala jika telah mencapai hakikat ini". " Jika telah sampai kepada hakikat yakin dalam solat maka tergugurlah fardhu solat ke atas kita ".
Kerap kali dalam perjalanan ku, kedua-dua perkara ini ku telek dan ku uji dahulu sebelum merelakan diri dididik.

Monday, June 14, 2010
Catatan Ke-9 : Sumpahan perguruan satu mitos atau realiti ?
Dalam perjalanan ini..pernah daku berjumpa dengan satu ajaran yang menggunakan sumpah perguruan untuk memastikan supaya rahsia ketuhanan yang di’bisikkan’ kepada kita itu tidak terdedah kepada orang lain. ‘ Ini adalah rahsia Allah Taala,’ kata seorang lelaki yang berumur 80 –an, tetapi masih sihat dan kuat, sambil tersenyum memandangku yang terkebil-kebil ketika itu. “Jika didedahkan rahsia ini..dalam tempoh tiga tahun kematian akan menjemputmu, ” begitu katanya sambil mengukuhkan silanya di atas rumah lantai kayu itu. Daku sebenarnya masih terkebil-kebil ketika dia bertanya, apakah yang tidak binasa antara dua jari ini. Itulah Allah yang tidak menerima binasa, yang sedia ada. Alam inilah..yang kita menempuhnya setiap hari..yang kita berada di dalamnya..itulah Allah SWT. Dia amat dekat kepada kamu tetapi kamu yang bersuluh dalam siang.
Kasihan dia. Barangkali dia tidak pernah bertemu dengan ayat dalam Alquran Ad Dahr : 1: “ Sesungguhnya telah datang kepada manusia suatu ketika drp masa yang ia tidak disebut sedikitpun”. Ketikamana masa dan ruang masih belum tercipta. Tidak wujud istilah kekosongan atau vakum.
Sebenarnya daku tidak mempersetujuinya sejak awal lagi tetapi iman ku belum cukup kental pada waktu itu untuk berhadapan dengannya apatah lagi membocorkan rahsia itu. Ketakutan kepada sumpahan perguruan itu benar-benar menghantui ku. Namun Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah SWT, diberi-Nya sedikit keberanian lalu daku mula perlahan-lahan menjauhinya dan meninggalkan amalan-amalannya. Lama juga sebelum daku mempunyai kekuatan untuk membocorkan ‘rahsia ketuhanan’ itu. (sebenarnya banyak lagi bab lain yang salah spt solat dan puasa tetapi itu bukan fokus kisah ku ini).
Persoalannya apakah sumpah ini benar-benar wujud ? Adakah ia berkesan ?
Wahai si Jabat.. berkesan atau tidak adalah di atas izin Allah SWT jua. Namun antara asbab yang sering diguna oleh dajjal-dajjal kecil ini ialah penguasaan ke atas fikiran kita. Apabila minda kita telah ditakluki maka seluruh jasad kita sebenarnya telah ditakluki. Apabila kita dimomokkan dengan sesuatu sangkaan dan kita membenarkan sangkaan itu, maka lazimnya itulah hasil yang bakal kita terima.
Bagaimana ia berlaku ? Sebenarnya dalam pergaulan kita dengan si dajjal kecil itu..dalam apa jua medium interaksi yang digunakan..secara berdepan, secara pergaulan, surat-menyurat, e-mel, blog, telefon dan lain-lain, secara tanpa sedar kita sebenarnya sedang menerima saranan-saranan mindanya untuk mengiktiraf kekeramatannya, kemustajabannya dan kesaktiannya. Dia menceritakan pengalaman-pengalaman kerohaniannnya, kisah-kisah ajaibnya, kes-kes terpencilnya dan kita mendengarnya pula dengan penuh kekhusyukan, penuh ketakjuban bagai sang anak yang mendengar kisah kepahlawanan datuk nenek dari si ibu tanpa soal. Ketika minda kritis mula mahu menyoal, dengan pantas pula ia akan dibantah oleh minda intuitif yang telah terpesona dengan kehebatan dan haibah siguru dajjal tadi.
Dalam ertikata lain ia sebenarnya adalah merupakan proses hipnotisma informal yang sedikit demi sedikit sedang berusaha menakluki wilayah-wilayah akal sedar tanpa kita sedari.
Nah ..apabila siguru telah berjaya menguasai minda kita…dan malangnya minda ini terlalu naif pula untuk membedakan antara fantasi dan hakiki, itulah saatnya pada hematku, sumpahan tadi menjadi asbab untuk terjadi apa yang dikehendaki terjadi. Apatah pula jika ia disertakan dengan bantuan syaitan dan jin yang memang bermaksud untuk menyesatkan bani Adam.
Maka tidak hairanlah amat sukar untuk memperbetulkan orang-orang yang tergelincir ini .
Minda mereka sebenarnya telah tertawan. Sementelah gurunya yang sama mengajar bhw makhluk tidak memberi bekas, atau ayat tidak memberi bekas…minda mereka pula telah berfikir sebaliknya iaitu gurunya juga berupaya utk. memberi bekas. Oleh itu baiah untuk melumpuhkan, mematikan, ditimpa geruh atau porak-poranda akan menjadi igauan dan trauma sepanjang hidup si salik yang tertipu tadi. Siapa yang tidak takut melayang nyawa. Siapa yang tidak takut jadi gila, kena potong kemaluan, keluarga porak peranda dsb.
Barangkali ada hikmahnya apabila terdapat beberapa orang tertentu sejak kebelakangan ini, yang mula mempersoalkan tindak-tanduk bekas gurunya secara terbuka, membuka sehelai demi sehelai apa yang mereka dakwa sebagai pembohongan besar bekas gurunya namun tidak pula si'derhaka' ini mengalami kecelakaan atau ketulahan kerana disumpah oleh guru dan pengikutnya yang masih setia itu.
Kalau rumah sedang terbakar, mungkin kadang-kadang patut juga diherdik, disepak dan disimbah saja air untuk mengejutkan orang-orang yang masih terlena. Cuma..jangan boros sangatla...

Thursday, June 10, 2010
SELINGAN
Oh Tuhan..ku serahkan ruh ku jasad ku nyawaku rahsia ku kepada Mu..
Jangan kau biarkan daku (merasa) menguruskan hidup ku sendiri walau sesaat atau yang lebih singkat dari itu..
Anugerahkan lah daku Iman kepada -Mu sehingga daku tidak takut melain kepada -Mu ..tidak mengharap melainkan kepada-Mu dan tidak jua menyembah melainkan kepada-Mu.
Limpahkanlah lembayung Kasih Sayang Mu kepada diriku, keluarga ku dan sesiapa yang bersama-sama ku...terutamanya di kalangan mereka yang berusaha mempertahankan kebenaran di muka bumi ini walau pun dengan sebaris ayat, walau pun dengan sepatah perkataan.
Amin...
Saya mendapat tahu dari sumber-sumber tertentu bhw. terdapat usaha pihak berkenaan sedang melaksanakan solat hajat dan juga pengesanan dengan radar ghaib dan maya untuk menjejaki saya. Tak tahu pula apa doa mereka..tetapi disarankan masukkanlah sekali doa kepada sahabat-sahabat kita di Palestine tu..Kalau doa supaya saya sakit ke atau apa ..Terpulanglah kepada mereka. Setakat ini saya Alhamdulillah seperti biasa sahaja..kerja.. dengar kuliah, bercuti, tidur lena.. ...pening sikit-sikit tu adalah...makan ubat Alhamdulillah lega..Saya syorkan mereka berdoalah macam ini..
Ya Allah zahirkan lah kebenaran itu sebagai kebenaran dan berikanlah kekuatan untuk daku mengikutinya serta mempertahankannya...Dan zahirkanlah kebatilan itu sebagai kebatilan dan berikanlah kami kekuatan untuk meninggalkannya dan memeranginya.

Catatan 8 : Bagaimana menentukan kebenaran
Kerapkali kita keliru apabila ada persimpangan. Yang mana satukah harus kita tempuhi. Apakah cara untuk mengetahui bahawa sesuatu itu hakikatnya jalan yang benar atau jalan sesat.
Adakah dengan mengamalkan sesuatu surah tertentu ? Al Mulk ayat 14 umpamanya.. kemudian kita menunggu isyarat mimpi tertentu lalu kita mentafsirkannya. Adakah begitu ?
Di dalam petunjuk nabi SAW..Untuk membuat keputusan urusan kehidupan ini memang dianjurkan sangat kita mengamalkan solat istikharah. Kita mengharapkan kebaikannya dalam ehwal dunia apatah pula jika urusan itu berkait dengan nasib kita diakhirat. Umpamanya :-
i) Nak belajar ilmu kebatinan dengan seseorang
ii) Nak menjadikan seseorang itu guru, sahabat, pasangan hidup dsb
Tetapi di samping itu ada baiknya juga kita meminta orang lain yang soleh..atau orang yang kasih kepada kita untuk memohonkan petunjuk kepada kita. Ibu kita umpamanya.
Dalam sebuah kisah yang panjang seperti yang dinukilkan oleh imam ??? (tak ingat)..terdapat kisah seorang perempuan yang tercabut imannya kerana mempelajari sihir telah meminta para sahabat besar waktu itu untuk mendoakannya agar dikembalikan iman. Namun mereka menyarankan agar yang mendoakan perempuan itu ialah ibunya sendiri walhal mereka adalah para sahabat Rasululllah SAW. (petikan majalah Solusi). Oleh itu marilah kita pohon supaya ibu kita doakan agar iman kita tetap hingga ke akhir hayat. Tak guna hebat ..boleh terbang atau boleh naik ke langit tetapi iman kita rupanya tidak diterima oleh Allah SWT. Alangkah ruginya kita..
Di samping itu kita sendiri janganlah pula mudah taksub kepada sesuatu ajaran atau guru. Taksublah kepada kebenaran. Jadilah orang yang kebenaran dahulu baru guru.

Sunday, June 6, 2010
Catatan ke 7 ; Adakah Khidir a.s. itu Iblis
Sebuah ajaran di sebuah kampung N.9 mengatakan bhw. Nabi Khidir (a.s) itu sebenarnya ialah Iblis. Oleh itu Iblis tidak akan masuk Neraka kerana ia menjalankan tugasnya yang ditetapkan Allah kepadanya. Ketahuilah..bhw Nabi Khidir a.s itu adalah bani adam. Anak cucu adam yang lahir kemudian dari peristiwa iblis kafir dan berlagak itu.
Malangnya orang tersebut amat pandai mengelakkan diri apabila pihak berkuasa ingin membuat tangkapan. (hairan juga org yang yang sudah makam tinggi takut mempertahankan haq--tak seperti layaknya ahli-ahli kebenaran yang lain seperti Imam Ahmad b. Hambal, Imam Syafiee, Sheikh Ahmad Yassin dll). salah seorang yang pernah menuntut darinya termasuklah seseorang mendakwa boleh membuang saka bawah 10 saat. Mudah-mudahan beliau sudah memufarakahkan dirinya dari kepercayaan sesat lagi menyesatkan tersebut. dan saya berbaik sangka bahawa beliau seorang yang siuman dari mempunyai fikiran yang sebegitu dungu sejarah. Amin.

Saturday, June 5, 2010
Catatan ke-6 : Syaitan berlepas tangan
Antara perangai syaitan ialah ia suka berlepas tangan. Ia tidak akan menolong orang yang disesatkannya semasa di akhirat kelak. Dia akan berlepas tangan.
Tetapi dalam kembara jalanan ku..rupa-rupanya perangai syaitan ini turut berlaku semasa di dunia ini lagi.
i) pada permulaannya ia akan berbaik dengan kita..kadang-kadang ditolongnya kita dengan sesuatu kelebihan. Dihiasnya kita dengan perkara-perkara yang seolah-olah layaknya seorang wali.
ii) tetapi tentangan akan pasti datang..Yang haq tidak akan senang melihat kebatilan. Itulah sunnah-Nya.
iii) Akan tiba satu saat kepada orang ini..bisikan hidayah itu...Dan si syaitan tidak akan menghalangnya dan sesungguhnya syaitan tidak akan berupaya menghalangnya..
sambung...
maka syaitan akan membiarkannya untuk membuat keputusan sendiri..kerana itulah yang diingininya iaitu keputusan itu dibuat oleh si salik sendiri dengan memberinya peluang mendengar kebenaran agar esok di akhirat dia tak perlu dikaitkan dengan si salik yang tegelincir ini. Cuma pada masa ini si salik yang sudah 'naik lemak' dengan kehebatan dan keajaiban 'superficial' yang diperolehnya itu akan ada dua pilihan. Pertama.. Pilih kebenaran tetapi hilang kelebihan * atau kedua pilih kebatilan dengan imbuhannya kelebihan dikekalkan.
(* Cuma memilih kebenaran akan ada harga yang harus dibayarnya..kalau dahulu SANTAU yang bersarang dalam dadanya sehingga terbatuk-batuk lelah macam mayat hidup dpt dihadapinya dengan selamba, kali ini apabila hilang kelebihan tsbt maka santau-santau itu harus akan segar semula - dan si salik akan menderita sakit. Pada waktu ini si syaitan akan brbisik semula kepadanya..membayangkan maruahnya yang bakal relai dihadapan ramai anak murid (itupun jika ada murid-murid yang ikhlas la). Musuh-musuh yang pernah dihinanya dulu akan berak dan kencing semula di atas mukanya,..malah segala kemewahan yang pernah dinikmatinya dahulu mungkin akan hilang sekelip mata ..semua ini menyebabkan sukar utk si salik ini kembali ke pangkal jalan)

Friday, June 4, 2010
Catatan 5 : Tertipu dengan Keajaiban
Keajaiban sebenarnya hanya kerana jarangnya ia berlaku kpd kita..kerana jika kau mahu hitung keajaiban cukuplah kau merenung diri mu yang asalnya tiada kepada ada.
tapi itulah yang selalunya menyebabkan ramai si kembara jalanan seperti ku malah seperti sesetengah antara mereka yang lain..Tersungkur dan terpesong.
Kenapa harus taasub dengan keajaiban..atau dikatakan sebagai karomah hissy..tapi dambakan lah karomah maknawi. Ingat yang tiada putus..ingat yang melahirkan taat..ingat yang diserta dengan patuh..mengharap..berserah..yakin.
Bukan ingat yang sekadar membawa kpd keajaiban boleh membelah bumi..boleh membakar makhluq halus..boleh menerobos lapisan pelbagai alam..Itu belum pun melepasi separuh erti syahadah.
Dengan keajaiban kita sering mengukur tinggi rendah makam seseorang. Kita sangka orang yang mempunyai kebolehan terbang diudara itu wali Allah..Walhal kalau begitu semua burung itu wali Allah. Kita sangka orang yang tak basah dek hujan itu wali Allah walhal seekor nyamuk yang boleh merentasi hujan itu juga wali Allah. Kita sangka orang yang boleh menyebabkan jin lari dan takut kepadanya wali Allah walhal ramai tok sami siam yang jin juga takut kepadanya..Kita sangka orang yang tahu masa depan ialah wali Allah walhal ramai pak nujum yang pandai meramal masa depan. Kita sangka orang yang boleh melihat alam ghaib itu wali Allah..walhal kuncu-kuncu iblis semuanya ghaib...
Maka ukurlah sesuatu itu dengan neraca Ilmu sebagaimana Sheikh Abdul Qadir Jailani Sultanul Auliya - kisah didatangi cahaya semasa sedang solat- Menurut guruku Malaikat tidak datang semasa orang sedang solat untuk mengganggu ibadat dengan Tuhannya. Ini sudah cukup untuk memberitau siapa yang datang sebenarnya.. Jika mahu menilai perkara ajaib itu ukurlah dengan neraca ilmu. Jangan bergantung kepada deria rasa..deria gerak..deria keenam..deria scan untuk mengukur letak duduk sesuatu hakikat.

catatan 4 : Solat Malaikat
Dalam kembara ku..aku bertemu dengan satu ajaran yang diperkenalkan dalam sesetengah ajaran sesat ..dinamakan solat malaikat..
Solatnya satu rakaat... dan ia dianggap memadai untuk merangkumkan kesemua solat lima waktu yang lain..Kalau ada sesiapa mengamalkannya alangkah silapnya orang yang mengamalkannya itu..
Pertama : Dia seolah-olah menetapkan bhw solat 5 waktu tak wajib lagi apabila telah tahu ttg solat malaikat dan mengamalkan solat malaikat satu rakaat ini...
Kedua : Dia tenggelam dalam sangkaan bhw inilah maqam yang lebih tinggi dalam solat..walhal inilah kesesatan yang nyata.. bidaah yang fatal..yang menghumban ke api neraka

Monday, May 31, 2010
Catatan 3 : Kenal yang Tak Membawa Taat
Dalam musafir qalbu ku..Kadang-kadang segolongan mereka yang ku temui..zahirnya begitu hebat tahap perkenalan mereka dengan Allah SWT. Hebat ceritanya. Hebat sembangnya. Tapi tiada ku rasa zauk cintanya kepada Allah SWT. Tidak ku rasa zauk gerunnya kepada Allah SWT.
Ahh barangkali hatiku masih terhijab..masih banyak mazmumah yang menyeliputi diri..
Cuma kadang-kadang daku yang berdosa ini terkenangkan si Azazil yang telah beribu tahun beribadah dan dikatakan menduduki kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT itu. Tentulah logiknya dia lebih kenal Allah SWT berbanding kita yang hidup baru beberapa jam ni..Tapi kenal saja tak cukup rupanya..kerana apabila Iblis engkar dan takabbur maka balasannya ialah Kafir. Kalau ada orang cakap dia kenal Allah SWT..Iblis bukan saja kenal malah pernah berdialog dengan Allah SWT. Malah Iblis boleh runding lagi agar umurnya dipanjangkan sampai kiamat.
Tapi kenal saja tak cukup. Sembang saja tak cukup wahai si Jabat
Kenal mesti membawa kepada taat, baru La Ilaha illallah.
Kenal mesti membawa kepada Solat.. kalau boleh berjamaahla wahai si Jabat
Solat mesti membawa kepada Khusyuk
Khusyuk membawa kepada Merasai kehambaan kepada Allah SWT yang kesannya terbawa-bawa hingga ke luar solat. Lalu sihamba ini teringatkan Allah Akbar dia membesarkan Allah SWT.atas sekalian makhluq.dia teringatkan Alhamdulillah dia mensyukuri Allah SWT atas segala nikmat. Dia teringatkan Subhana Rabbial a'la..dia mensucikan Allah SWT dari segala kurang....Allah...Allah..

Sunday, May 30, 2010
Catatan 2 : ' Mengagamakan ' kebatinan
Kenapa tidak ? Kan elok kalau suatu perkara itu asalnya harus lalu kita perelokkan dengan landasan syariat dan arahkan niat kepada mencari ridha Allah SWT. Makan buah rambutan misalnya. Asalnya harus lalu diperelokkan dengan syariat. Baca bismillah, suap dengan tangan kanan dan dimasukkan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Kemudian kita kenangkan bahawa rezeki ini Allah SWT yang bagi lalu membuahkan rasa terima kasih kepada Allah SWT. Lalu kita niatkan mudah-mudahan rambutan yang kita makan ini dapat menambah tenaga untuk kita menambah ketaatan kita kepada Allah SWT sebagai cara kerdil untuk membalas segala kurnia Allah SWT kepada kita tadi. Kemudian dari itu.. ketika mengunyah dan merasa nikmat rambutan itu kita memikir-mikirkan pula akan keagungan Allah SWT yang mencipta buah rambutan..warnanya yang merah ketika masak sama sahaja di mana-mana. Rasanya sama sahaja di mana-mana, sepanjang masa sejak ia mula dikenal. Saiznya sama sahaja di mana-mana. Semua ini menunjukkan ia dicipta oleh satu cara dan sistem yang teratur yang berpunca dari Zat Yang Maha Mentadbir dan Menentukan. Maka tersungkurlah ego dan nafsu kita tenggelam dihadrat Ilahi ketika menikmati sebiji rambutan.
Kalau itu maksudnya mengagamakan suatu yang harus tak mengapalah..
tapi ..bukan yang ini..
Kita belajar suatu aliran persilatan atau kebatinan..Kita mengetahui rahsia-rahsia kebatinan yang menjadikan kita'hebat'berbanding manusia lain yang tidak mempelajarinya. Kebal, apong, gagah, pantas, bisa tangan, cuca, tenungan mata dan lain-lain, semuanya kita peroleh menerusi beberapa kaedah yang kadang-kadang berkait dengan rahsia diri atau rahsia-rahsia lain yang kita tempuhi.
Kemudian kita pun meneguhkan rahsia-rahsia tersebut dengan dalil-dalil agama. Tetapi kemudian dari itu..apabila kita mula menjadikannya pula sebagai dalil untuk menentukan agama ini yang tak bolehnya. Ini yang dimaksudkan mengagamakan suatu yang harus.
Contoh..
Kalau kita boleh menerobos dan menjelajah alam ghaib tidak kira apa pun peringkatnya..ia seharusnya diperkukuhkan dengan dalil-dalil agama. Penemuan-penemuan kita seharusnya bersandarkan agama dan rasional agama. Kalau secocok dengan roh agama boleh ambil, sekiranya tidak jelas maka tinggalkan. Jangan sampai apa yang kita jumpa di alam sana semuanya kita jadikan ketentuan agama. Islam telah sempurna. Nabi SAW sudah selesai menyampaikan.
Kebatinan adalah kebatinan..ia adalah tanda kebesaran Allah SWT. Ilmu Ruh adalah ilmu Ruh. Ia juga adalah milik Allah SWT yang boleh diberikan kepada sesiapa yang disukainya atas Sifat Maha Pemurah-Nya. Sebagai mana Allah SWT telah berikan ilmu tentang zarah atom sehingga manusia berupaya mencipta tenaga nuklear sehinggalah Dia juga yang menganugerahkan tentang hukum-hukum graviti dan prinsip-prinsip tekanan udara sehingga manusia berupaya mencipta kapal terbang.
Oleh itu seseorang yang arif tentang Ruh belum tentu tinggi imannya. Seseorang yang boleh melihat alam ghaib belum tentu semua perkataannya boleh kita telan bulat. Belum tentu semua perilakunya betul belaka.

Friday, May 28, 2010
Catatan 1 ; Sesat di Hujung Jalan
Sebuah catatan untuk diriku yang lupa dan banyak dosa..
Perjalanan menuju ridha Allah SWT memang ada gangguannya. Gangguan ini mungkin wujud pada awal perjalanan jika si salik selamat maka dicuba pula di tengah perjalanan..selamat maka dicuba pula diakhir perjalanan mudah-mudahan selamat. Dengan Rahmat-Mu jua Ya Allah aku mohon selamat.
Daku..telah melihat perjalanan seorang hamba Allah yang amat ku hormati. Beliau amat kuat memegang sunnah. Percakapannya penuh dengan hikmah, bidalan dan tamsilan. Lembut hati mendengarnya. Terubat jiwa. Anak didiknya kuat memegang sunnah. Nampak terpancar kasih kepada Rasulullah SAW dan mengambil berat akan nasib ummat. Bersungguh-sungguh memakmurkan sunnah di muka bumi. Apabila mendengarnya memberi tazkirah mengalir air mata ku..
ahh mudah-mudahan Allah merahmatinya..
kerana pada akhir-akhir perjalanannya beliau kelihatan terpesong..banyak perlakuannya mengundang fitnah dalam agama. Akhirnya beliau ditangkap dan ajarannya diharamkan..dan dibubarkan. Saya tidak mahu mendebatkan isu kesesatan beliau..kerana bagi saya..panduan saya ialah Alquran dan Sunnah. Jika tak jelas..ragu-ragu..rujuk balik Alquran dan Sunnah. Bak kata nabi ..kalau kita berpegang dengan dua perkara ni takkan sesat selamanya (mafhum hadis).
Apa yang saya nak ingatkan diri saya ialah..
Rupa-rupanya orang yang jelas nampak perjuangkan sunnah pada awal perjalanan tak semestinya pada akhir perjalanan dia tidak tergelincir dari Sunnah...
jadi apatah pula jika..
sesuatu tariq itu pada awal perjalanannya sudah tidak ambil berat sunnah... tak solah. atau tak solat jemaah..tak tutup aurat..tak ada akhlaq..bercampur baur lelaki wanita...cerita hal dunia.. sombong ..ujub takabbur...sah dah awal-awal tergelincir...

Subscribe to:
Comments (Atom)