Friday, June 4, 2010

Catatan 5 : Tertipu dengan Keajaiban

Keajaiban sebenarnya hanya kerana jarangnya ia berlaku kpd kita..kerana jika kau mahu hitung keajaiban cukuplah kau merenung diri mu yang asalnya tiada kepada ada.

tapi itulah yang selalunya menyebabkan ramai si kembara jalanan seperti ku malah seperti sesetengah antara mereka yang lain..Tersungkur dan terpesong.

Kenapa harus taasub dengan keajaiban..atau dikatakan sebagai karomah hissy..tapi dambakan lah karomah maknawi. Ingat yang tiada putus..ingat yang melahirkan taat..ingat yang diserta dengan patuh..mengharap..berserah..yakin.

Bukan ingat yang sekadar membawa kpd keajaiban boleh membelah bumi..boleh membakar makhluq halus..boleh menerobos lapisan pelbagai alam..Itu belum pun melepasi separuh erti syahadah.

Dengan keajaiban kita sering mengukur tinggi rendah makam seseorang. Kita sangka orang yang mempunyai kebolehan terbang diudara itu wali Allah..Walhal kalau begitu semua burung itu wali Allah. Kita sangka orang yang tak basah dek hujan itu wali Allah walhal seekor nyamuk yang boleh merentasi hujan itu juga wali Allah. Kita sangka orang yang boleh menyebabkan jin lari dan takut kepadanya wali Allah walhal ramai tok sami siam yang jin juga takut kepadanya..Kita sangka orang yang tahu masa depan ialah wali Allah walhal ramai pak nujum yang pandai meramal masa depan. Kita sangka orang yang boleh melihat alam ghaib itu wali Allah..walhal kuncu-kuncu iblis semuanya ghaib...

Maka ukurlah sesuatu itu dengan neraca Ilmu sebagaimana Sheikh Abdul Qadir Jailani Sultanul Auliya - kisah didatangi cahaya semasa sedang solat- Menurut guruku Malaikat tidak datang semasa orang sedang solat untuk mengganggu ibadat dengan Tuhannya. Ini sudah cukup untuk memberitau siapa yang datang sebenarnya.. Jika mahu menilai perkara ajaib itu ukurlah dengan neraca ilmu. Jangan bergantung kepada deria rasa..deria gerak..deria keenam..deria scan untuk mengukur letak duduk sesuatu hakikat.

No comments:

Post a Comment