Monday, June 14, 2010

Catatan Ke-9 : Sumpahan perguruan satu mitos atau realiti ?

Dalam perjalanan ini..pernah daku berjumpa dengan satu ajaran yang menggunakan sumpah perguruan untuk memastikan supaya rahsia ketuhanan yang di’bisikkan’ kepada kita itu tidak terdedah kepada orang lain. ‘ Ini adalah rahsia Allah Taala,’ kata seorang lelaki yang berumur 80 –an, tetapi masih sihat dan kuat, sambil tersenyum memandangku yang terkebil-kebil ketika itu. “Jika didedahkan rahsia ini..dalam tempoh tiga tahun kematian akan menjemputmu, ” begitu katanya sambil mengukuhkan silanya di atas rumah lantai kayu itu. Daku sebenarnya masih terkebil-kebil ketika dia bertanya, apakah yang tidak binasa antara dua jari ini. Itulah Allah yang tidak menerima binasa, yang sedia ada. Alam inilah..yang kita menempuhnya setiap hari..yang kita berada di dalamnya..itulah Allah SWT. Dia amat dekat kepada kamu tetapi kamu yang bersuluh dalam siang.

Kasihan dia. Barangkali dia tidak pernah bertemu dengan ayat dalam Alquran Ad Dahr : 1: “ Sesungguhnya telah datang kepada manusia suatu ketika drp masa yang ia tidak disebut sedikitpun”. Ketikamana masa dan ruang masih belum tercipta. Tidak wujud istilah kekosongan atau vakum.

Sebenarnya daku tidak mempersetujuinya sejak awal lagi tetapi iman ku belum cukup kental pada waktu itu untuk berhadapan dengannya apatah lagi membocorkan rahsia itu. Ketakutan kepada sumpahan perguruan itu benar-benar menghantui ku. Namun Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah SWT, diberi-Nya sedikit keberanian lalu daku mula perlahan-lahan menjauhinya dan meninggalkan amalan-amalannya. Lama juga sebelum daku mempunyai kekuatan untuk membocorkan ‘rahsia ketuhanan’ itu. (sebenarnya banyak lagi bab lain yang salah spt solat dan puasa tetapi itu bukan fokus kisah ku ini).

Persoalannya apakah sumpah ini benar-benar wujud ? Adakah ia berkesan ?
Wahai si Jabat.. berkesan atau tidak adalah di atas izin Allah SWT jua. Namun antara asbab yang sering diguna oleh dajjal-dajjal kecil ini ialah penguasaan ke atas fikiran kita. Apabila minda kita telah ditakluki maka seluruh jasad kita sebenarnya telah ditakluki. Apabila kita dimomokkan dengan sesuatu sangkaan dan kita membenarkan sangkaan itu, maka lazimnya itulah hasil yang bakal kita terima.

Bagaimana ia berlaku ? Sebenarnya dalam pergaulan kita dengan si dajjal kecil itu..dalam apa jua medium interaksi yang digunakan..secara berdepan, secara pergaulan, surat-menyurat, e-mel, blog, telefon dan lain-lain, secara tanpa sedar kita sebenarnya sedang menerima saranan-saranan mindanya untuk mengiktiraf kekeramatannya, kemustajabannya dan kesaktiannya. Dia menceritakan pengalaman-pengalaman kerohaniannnya, kisah-kisah ajaibnya, kes-kes terpencilnya dan kita mendengarnya pula dengan penuh kekhusyukan, penuh ketakjuban bagai sang anak yang mendengar kisah kepahlawanan datuk nenek dari si ibu tanpa soal. Ketika minda kritis mula mahu menyoal, dengan pantas pula ia akan dibantah oleh minda intuitif yang telah terpesona dengan kehebatan dan haibah siguru dajjal tadi.

Dalam ertikata lain ia sebenarnya adalah merupakan proses hipnotisma informal yang sedikit demi sedikit sedang berusaha menakluki wilayah-wilayah akal sedar tanpa kita sedari.

Nah ..apabila siguru telah berjaya menguasai minda kita…dan malangnya minda ini terlalu naif pula untuk membedakan antara fantasi dan hakiki, itulah saatnya pada hematku, sumpahan tadi menjadi asbab untuk terjadi apa yang dikehendaki terjadi. Apatah pula jika ia disertakan dengan bantuan syaitan dan jin yang memang bermaksud untuk menyesatkan bani Adam.
Maka tidak hairanlah amat sukar untuk memperbetulkan orang-orang yang tergelincir ini .

Minda mereka sebenarnya telah tertawan. Sementelah gurunya yang sama mengajar bhw makhluk tidak memberi bekas, atau ayat tidak memberi bekas…minda mereka pula telah berfikir sebaliknya iaitu gurunya juga berupaya utk. memberi bekas. Oleh itu baiah untuk melumpuhkan, mematikan, ditimpa geruh atau porak-poranda akan menjadi igauan dan trauma sepanjang hidup si salik yang tertipu tadi. Siapa yang tidak takut melayang nyawa. Siapa yang tidak takut jadi gila, kena potong kemaluan, keluarga porak peranda dsb.

Barangkali ada hikmahnya apabila terdapat beberapa orang tertentu sejak kebelakangan ini, yang mula mempersoalkan tindak-tanduk bekas gurunya secara terbuka, membuka sehelai demi sehelai apa yang mereka dakwa sebagai pembohongan besar bekas gurunya namun tidak pula si'derhaka' ini mengalami kecelakaan atau ketulahan kerana disumpah oleh guru dan pengikutnya yang masih setia itu.

Kalau rumah sedang terbakar, mungkin kadang-kadang patut juga diherdik, disepak dan disimbah saja air untuk mengejutkan orang-orang yang masih terlena. Cuma..jangan boros sangatla...

No comments:

Post a Comment