Sunday, May 30, 2010

Catatan 2 : ' Mengagamakan ' kebatinan

Kenapa tidak ? Kan elok kalau suatu perkara itu asalnya harus lalu kita perelokkan dengan landasan syariat dan arahkan niat kepada mencari ridha Allah SWT. Makan buah rambutan misalnya. Asalnya harus lalu diperelokkan dengan syariat. Baca bismillah, suap dengan tangan kanan dan dimasukkan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Kemudian kita kenangkan bahawa rezeki ini Allah SWT yang bagi lalu membuahkan rasa terima kasih kepada Allah SWT. Lalu kita niatkan mudah-mudahan rambutan yang kita makan ini dapat menambah tenaga untuk kita menambah ketaatan kita kepada Allah SWT sebagai cara kerdil untuk membalas segala kurnia Allah SWT kepada kita tadi. Kemudian dari itu.. ketika mengunyah dan merasa nikmat rambutan itu kita memikir-mikirkan pula akan keagungan Allah SWT yang mencipta buah rambutan..warnanya yang merah ketika masak sama sahaja di mana-mana. Rasanya sama sahaja di mana-mana, sepanjang masa sejak ia mula dikenal. Saiznya sama sahaja di mana-mana. Semua ini menunjukkan ia dicipta oleh satu cara dan sistem yang teratur yang berpunca dari Zat Yang Maha Mentadbir dan Menentukan. Maka tersungkurlah ego dan nafsu kita tenggelam dihadrat Ilahi ketika menikmati sebiji rambutan.

Kalau itu maksudnya mengagamakan suatu yang harus tak mengapalah..

tapi ..bukan yang ini..

Kita belajar suatu aliran persilatan atau kebatinan..Kita mengetahui rahsia-rahsia kebatinan yang menjadikan kita'hebat'berbanding manusia lain yang tidak mempelajarinya. Kebal, apong, gagah, pantas, bisa tangan, cuca, tenungan mata dan lain-lain, semuanya kita peroleh menerusi beberapa kaedah yang kadang-kadang berkait dengan rahsia diri atau rahsia-rahsia lain yang kita tempuhi.

Kemudian kita pun meneguhkan rahsia-rahsia tersebut dengan dalil-dalil agama. Tetapi kemudian dari itu..apabila kita mula menjadikannya pula sebagai dalil untuk menentukan agama ini yang tak bolehnya. Ini yang dimaksudkan mengagamakan suatu yang harus.

Contoh..

Kalau kita boleh menerobos dan menjelajah alam ghaib tidak kira apa pun peringkatnya..ia seharusnya diperkukuhkan dengan dalil-dalil agama. Penemuan-penemuan kita seharusnya bersandarkan agama dan rasional agama. Kalau secocok dengan roh agama boleh ambil, sekiranya tidak jelas maka tinggalkan. Jangan sampai apa yang kita jumpa di alam sana semuanya kita jadikan ketentuan agama. Islam telah sempurna. Nabi SAW sudah selesai menyampaikan.

Kebatinan adalah kebatinan..ia adalah tanda kebesaran Allah SWT. Ilmu Ruh adalah ilmu Ruh. Ia juga adalah milik Allah SWT yang boleh diberikan kepada sesiapa yang disukainya atas Sifat Maha Pemurah-Nya. Sebagai mana Allah SWT telah berikan ilmu tentang zarah atom sehingga manusia berupaya mencipta tenaga nuklear sehinggalah Dia juga yang menganugerahkan tentang hukum-hukum graviti dan prinsip-prinsip tekanan udara sehingga manusia berupaya mencipta kapal terbang.

Oleh itu seseorang yang arif tentang Ruh belum tentu tinggi imannya. Seseorang yang boleh melihat alam ghaib belum tentu semua perkataannya boleh kita telan bulat. Belum tentu semua perilakunya betul belaka.

No comments:

Post a Comment